Assalamualaikum & salam sejahtera murid-murid yang dikasihi sekalian. Buat pengetahuan semua, murid tahun 1 telah selesai mengambil gambar bagi kad automasi. Kelas demi kelas datang ke PSA bagi sesi fotografi pada bulan Feb & Mac yang lalu. Alhamdulillah, kini kad automasi tersebut telah siap untuk diserahkan pada murid-murid tahun satu. Adakah kamu salah seorang murid yang telah menempah kad automasi tersebut? Sebanyak tujuh buah kelas terlibat iaitu: Cemerlang Gemilang Inovatif Dinamik Kreatif Positif Motivasi Sekiranya kamu telah kehilangan kad automasi tersebut, janganlah bersedih. Cikgu akan membuka sesi permohonan kad pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Nantikan pengumuman tersebut ya.